Selamat Datang Ke Laman Blog Kampung Wakaf Chagak

WAKAF CHAGAK DILANDA RIBUT …

Foto0084
RANAP - sebuah rumah menyembah bumi
Foto0072
Jalan utama ke Darat Batu Rakit
BATU RAKIT – 21 November, “Ribut telah datang dengan tiba-tiba sekitar jam 5.00 pagi tadi”, kata Setiausaha JKKK Wakaf Chagak, Mukim Batu Rakit/Wakaf Chagak, Ibrahim Abd Rahman,50, ketika ditemubual semasa lawatan ke kawasan bencana hari ini. “Sebanyak 4 buah rumah, atap zink telah diterbangkan angin dan sebuah rumah ranap menyembah bumi. Sebuah gerai goreng pisang di tepi jalan utama ke Kg Darat Batu Rakit sebahagian ditimpa pokok tumbang.” sambungnya lagi.


Foto0075
Pokok tumbang di Jln. Pandu
          Pengerusi JKKK Wakaf Chagak yang baru dilantik semula pada 1 Oktober 2011, Mohamad Abdullah, 62, bersama Pegawai Khas kepada wakil rakyat DUN Batu Rakit, Haji Kamaruddin Mohamad telah melawat rumah-rumah yang ditimpa bencana sekitar jam 8.00 pagi. Beliau yang baru pulang dari Kuala Lumpur jam 1.10 pagi tadi kerana menghadiri Konvesyen Multemedia 1Malaysia di Putra World Trade Center (PWTC) melahirkan rasa bersyukur kerana tidak ada kemalangan jiwa kepada penduduk kampung.
Foto0094
Anggota MBKT bersama JPA
          Dua jam kemudian, sebuah kenderaan dengan 5 anggota Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan sebuah kenderaan dengan 5 orang anggota Jabatan Pertahanan Awam dari Gong Badak tiba. Mereka saling membantu memotong batang, dahan kayu yang melintangi jalanraya yang telah menghalang lalulintas di Jalan Utama ke Kg Darat Batu Rakit dan Jalan Pandu.
Foto0077
Sebahagian atap dah tiada.
          Manakala sebuah rumah milik Mohd Azmi Nik telah diambil tindakan segera oleh pihak JKKK dengan menukar atap dan pemekup atap. Mengikut sumber, tindakan diambil segera kerana didapati sekitar bilik yang terlibat adalah penghuninya seorang warga emas yang menumpang tinggal bersama keluarga rumah berkenaan.