Selamat Datang Ke Laman Blog Kampung Wakaf Chagak

JKKK PANTAI JOHAN ..

JKKK Pantai Batu Rakit bergambar dengan YB ADUN Batu Rakit
Buat julung kali 30 JKKK dalam kawasan Pilihanraya Batu Rakit sepakat menyertai Pertandingan Memasak Bubur Assyura dengan kerjasama TATIUC dan Giat Mara Batu Rakit. Majlis telah dijalankan pada 29 November 2013 di setiap JKKK.


YB Haji Bazlan bin Abd Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Rakit telah berkenan menyumbang peruntukan sebanyak RM1,500.00 bagi setiap penyertaan JKKK. Pihak penyelaras program telah melantik beberapa orang wakil dari TATIUC dan Giat Mara Batu Rakit sebagai pemantau di setiap lokasi masakan. Program bermula dari seawal pagi hingga kepada tengahari dan petang pada hari berkenaan,


Setiap JKKK dikahendaki membawa bubur assyura yang telah siap dengan aneka hiasan ke perkarangan Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Rakit pada sebelah petang untuk dihakimi oleh chef dari Giat Mara Batu Rakit di bidang catering.

YB ADUN telah bersetuju menyampaikan hadiah kepada pengerusi JKKK Pantai Batu Rakit sesudah diumumkan sebagai pemenang tempat pertama. JKKK Wakaf Chator dan JKKK Mengabang Panjang telah diistihar tempat kedua dan ketiga. 

Setiap pemenang YB ADUN telah bersetuju memberi peruntukan sebuah bas bagi mengadakan lawatan selamat 2 hari 3 malam ke tempat yang bakal ditentukan pada tahun hadapan.




KHATAN BERAMAI-RAMAI @ WAKAF CHAGAK


KANAK-KANAK BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA YB  ADUN

    Pada 29 November 2013, baru-baru ini Komuniti 1Malaysia Wakaf Chagak telah menganjurkan program Khatan Beramai-ramai bagi kali ke11 berturut-turut. Majlis telah dirasmikan oleh YB Haji Bazlan Abd Rahman, selaku ADUN kawasan Batu Rakit yang baru selepas PRU13.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah, Encik Azri bin Zainal Abidin, Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu yang baru dilantik dan Encik Nik Faridzal bin Nik Jaafar, Pegawai Penyelaras Komuniti 1Malaysia Daerah Kuala Terengganu.

          Seramai 31 orang kanak-kanak seluruh DUN Batu Rakit telah berjaya dikhatankan oleh 5 orang kakitangan jabatan kesihatan. Mereka dikenakan bayaran RM50.00 seorang. Disamping itu, setiap keluarga kanak-kanak yang berkemampuan telah menyumbangkan sebiji nasi semangat berwarna kuning bersama telur untuk dihadiahkan kepada dhif jemputan termasuk YB ADUN, Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu dan beberapa orang Pengerusi JKKK.

Pengerusi Komuniti 1Malaysia Wakaf Chagak, Haji Mohamad Abdullah, 64 sebelum itu, telah mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa yang ikhlas menyertai program tahunan ini . Program ini diadakan pada setiap akhir tahun dengan sokongan kerjasama pihak Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Terengganu, Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Terengganu serta JKKK dalam kawasan pilihanraya Batu Rakit.

          Difahamkan pihak YB ADUN kawasan telah menyumbang RM1,000.00 bersama sehelai kain sarung pelikat bagi setiap kanak-kanak yang menyertai program tersebut.

Pesta Pantai

Kehadiran pengunjung pesta pada setiap petang

Langkahan pengunjung turun dan naik ke pantai
Pesta Pantai adalah satu kemestian buat petani khususnya di negeri Terengganu. Program ini diadakan pada setiap kali selesai penuaian padi dibendang atau sawah; para petani bersama keluarga akan berkhemah untuk berehat di kawasan pantai. Lazimnya mereka membina bangsal daripada daun kelapa yang baru kering sebagai rumah rehat sementara untuk beberapa hari antara 3 - 7 hari. Dalamasa inilah mereka berhibur dengan membawa makanan tradisi yang diperbuat daripada padi atau beras, seperti emping, nasi manis atau wajik, baulu dan kuih muih lain.
kanak-kanak bersama keluarga 
     Pada tahun ini, kawasannya telah berpindah dari Kampung Tanjong Gelam dan Kampung Pengkalan Maras (DUN Tepoh, parlimen Kuala Nerus) ke kawasan pantai Kampung Pengkalan Atap (DUN Batu Rakit, parlimen Setiu).
YB Mohamad Zulkifli, Ahli Parlimen Setiu (kiri)
     Pesta kali telah diseri dengan aneka program yang disusunatur oleh pihak Jawatankuasa Penganjur termasuk majlis mandi laut, pertandingan memancing, makan bersila bersama pemimpin, persembahan silat dengan iringan muzik tradisonal di sebelah sianghari.

YB Ahli Parlimen Setiu melawat bangsal-bangsal
     Acara yang bakal dijadikan pesta tahunan ini, telah ditambahserikan lagi dengan persembahan wayang kulit, dikir barat dan karoake. Selain itu, bagi tarikan pengunjung tempatan dan luar, kemudahan tempat jualan makanan, minuman, permainan kanak-kanak serta kawasan tempat letak kenderaan termasuk motosikal.

YB Mohamad Zulkifli Jusoh ketika majlis perasmian
Pesta selama 5 hari, (1 - 5 Jun 2013) telah dimeriahkan oleh 2 orang wakil rakyat baru sebagai perasmi bersama pada 1 Jun 2013 baru-baru ini. Mereka ialah YB Mohamad Zulkifli Jusoh, Ahli Parlimen Setiu dan YB Haji Bazlan Abd Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Rakit.

Warga Wakaf Chagak di Melaka

Kawasan Dataran Taming Sari, Melaka
          Seramai 40 orang warga Wakaf Chagak termasuk kanak-kanak berkunjung ke Melaka pada 6 Jun 2013. Kesemua peserta dibawa dengan bas persiaran yang disewa khas.
          Pengerusi JKKK, Encik Mohamad Abdullah, 64 berkata, "ini adalah hadiah JKKK dan KRT Wakaf Chagak kepada mereka yang bertungkus lumus bekerja membantu kemenangan calon-calon BN dalam pilihanraya baru-baru ini.
          Rombongan dibawa ke Banda Hilir melawat kawasan Menara Taming Sari dan sekitar. Mereka diberi kebebasan bergerak dalam kumpulan kecil untuk memenuhi citarasa mereka, samaada melihat ataupun membeli apa yang diminati mereka.
          Lewat malam mereka menginap di Kak Long Chalet Resort, Kg Alai, sebelum bertolak ke Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur keesokkan hari.

PELADANG KE VIETNAM

Ketika merentasi Mekong Delta bersama bot
                  Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Maras / Batu Rakit dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah menganjur program berbentuk challenge ke Vietnam pada 28 hingga 31 Mei 2013.
Seramai 28 orang termasuk 6 Ahli Jemaah Pengarah PPK diketuai Hj. Abd Rahman Salleh selaku pengerusi AJP. Manakala kakitangan LPP pejabat diketuai oleh Pengurus Besar, Syed Nadzuan Syed Jaafar.

          Timbalan Pengarah LPP, Pengurus Besar PPK Manir serta kakitangan ibu pejabat negeri termasuk wanita dan isteri turut serta.
          Pada hari kedua, rombongan menaiki bas sejauh 300 km lebih dan nenyusur Sungai Mekong dengan bot melihat pasar borong dan singgah menjamu di bot yang menjual minuman dan makanan.

          Selain itu rombongan dibawa melawat industri kampung seperti kraftangan dari tempurung kelapa, ternakan lebah, gula-gula manisan dan belang beras. Kemudian melawat dusun buah-buahan (durian, jambu batu dan lain-lain).
Kilang Beras 
          Sebelah petang, sepanjang perjalanan menyusuri Mekong Delta ke kawasan kilang-kilang beras di tepi sungai, terdapat berpuluh bot-bot muatan padi sedang menunggu giliran untuk menjual padi kepada kilang-kilang beras di situ.
Ketika melawat Cu Chi Tunnel
          Keesokan hari rombongan dibawa ke Cu Chi Tunnel, melawat kawasan sejarah kegigihan askar vietcong menentang penjajahan Perancis dan Amerika.

          Hari terakhir semua peserta dibawa melawat tempat kraftangan daripada kulit kerang dan siput.
Dan tidak ketinggalan ke Pasar Bihntay, toko pakaian, Pasar Bintang dan pasar malam sebagai mencari ole-ole dibawa pulang.