Selamat Datang Ke Laman Blog Kampung Wakaf Chagak

Gasing

MEMERTABATKAN PERMAINAN GASING TRADISIONAL



Gasi007DERINGAN bunyi wisel diiringi tepukan gemuruh penonton pada setiap kali pemain membaling gasing ke gelanggang adalah suasana meriah yang kerap dapat disaksikan apabila ada pertandingan tradisi itu diadakan di Kg Wakaf Chagak, Batu Rakit, Kuala Terengganu. Tetapi sayangnya, permainan tradisi itu hanya dapat disaksikan di kampung tersebut sahaja kerana ia sudah lama dilupakan di kampung-kampung lain di negeri Terengganu.
Di Kg Wakaf Chagak sendiri, usaha menghidupkan permainan tersebut dalam bentuk pertandingan juga baru bermula tak sampai 10 tahun lalu dengan sokongan ahli-ahli politik di Parlimen Setiu. Bagi orang luar yang pertama kali menyaksikan pertandingan gasing, ia berbaloi untuk ditontoni kerana mereka dapat melihat sendiri aksi dan gaya seseorang pemain memangkah gasing lawan untuk muncul sebagai pemenang. Selain itu, kemenangan peserta juga dinilai berdasarkan kepada berapa lama gasing berpusing boleh bertahan.

Capture2
Mungkin ada yang tidak percaya jika ada gasing yang boleh berpusing melebihi satu jam bergantung kepada jenis dan mutu sesebuah gasing. Biasanya, para pemain berpengalaman akan memilih gasing yang diperbuat daripada kayu penaga, rhu dan cengal bercampur timah untuk memastikan gasing mereka berpusing sehingga 30 minit atau lebih satu jam. Selain kedua-dua faktor itu, pengadil pertandingan turut mengambil kira faktor lain untuk menentukan pemenang termasuk teknik, gaya membaling dan tempoh masa lontaran.
Pengerusi Komuniti Bestari Kg Wakaf Chagak (dulu dikenali Kumpulan Pembaca, Pendengar dan Penonton -K3P), Mohamad Abdullah ketika ditemui berkata, pihaknya menganjurkan pertandingan itu atas dasar mahu mengembalikan semula kegemilangan permainan tradisi tersebut yang begitu popular sebelum tahun 1980-an. 

 Capture1
 
Kata beliau, usaha murni itu disokong oleh Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (JKKW) negeri yang menyumbang peruntukan termasuk hadiah agar dapat menarik lebih banyak penyertaan. “Kami mula mengadakan pertandingan gasing pada tahun 2003 dan sejak itu kami sepakat mengadakan pertandingan itu setiap tahun agar ia tidak mati begitu saja. “AlhamdullilIah, sambutan pemain semakin menggalakkan dan dalam pertandingan yang diadakan baru-baru ini, sebanyak sembilan pasukan menyertainya,” katanya.
Setiap pasukan diwakili oleh 25 orang dan mereka terdiri daripada penduduk sekitar DUN Batu Rakit. Dalam pertandingan terbaru yang diadakan itu, pasukan Kampung Baru Tepoh muncul johan dengan membawa pulang wang tunai RMl,500.00 serta piala pusingan, manakala Bukit Wan dan Bukit Nenasi masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga dengan hadiah wang tunai RM1,200.00 dan RM1,000.00 Menariknya, pertandingan gasing itu diadakan secara ‘liga’ setiap hari Sabtu yang memakan masa selama tiga bulan berturut-turut bermula Mei lalu. Antara pasukan gasing yang berentap adalah pasukan K-Bestari  Kg Wakaf Chagak, Persatuan Belia 4B Kg Darat Batu Rakit, Kg Pancur Sejuk,Kg Padang Kemunting,Kg Gong Lingai dan Kampung Raja Tepoh.  Foto Gasing Akhir 008  
Mengenai sebab permainan gasing semakin dilupakan orang, Mohamad percaya, ia mungkin disebabkan tidak ramai lagi orang berminat membuat gasing, selain masyarakat ada banyak altematif lain untuk berhibur. “Seingat saya, pada tahun 1970-an hingga awal 8o-an, pertandingan gasing sering dianjurkan hanya di tiga kawasan di Terengganu iaitu Batu Rakit, Tepoh dan Telok Pasu.
“Permainan itu biasanya membabitkan masyarakat petani dan setiap kali ada pertandingan, suasana kampung menjadi seperti pesta setelah habis menuai,” katanya. Penduduk kampung pasti terhibur dengan pesta gasing itu kerana permainan lain sewaktu itu sukar diperoleh. Para pemenang pertandingan gasing ketika era kegemilangannya dulu pula merasa diri mereka hebat, apatah lagi digelar jaguh kampung dan secara tidak langsung disegani oleh masyarakat setempat.
Capture4.
Pendek kata, kehebatan mereka yang sukar ditandingi oleh orang lain kerana sering memperoleh kemenangan dalam setiap pertandingan menyebabkan mereka sering mendapat undangan untuk mengadakan persembahan gasing dalam sesuatu majlis kenamaan. Selain gasing, permainan wau dan silat seni juga mengalami nasib seperti gasing kerana kini jarang dimainkan secara pertandingan termasuk di kampung-kampung. 


Teknik Bermain

PERMAINAN gasing di gelanggang bermula selepas seorang peserta melepaskan gasing dengan pelbagai gaya bagi menghasilkan pusingan yang tegak, kuat dan ligat. Bagi mendapatkan pusingan seumpama itu, para pemain perlulah mengambil langkah yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret, boros atau bergelunsur. Capture5
Dalam perrnainan gasing, terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan meliputi pusingan sorong tarik dan pusingan sentap yang menghasilkan gasing itu berpusing tegak, ligat dan kuat. Selepas itu, pemain lain pula akan memangkah gasing yang sedang berfungsi tadi dengan menggunakan hayunan yang tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan pergerakan yang mantap.
Pangkahan itu juga hendaklah dilakukan dengan betul serta berhati-hati agar tidak membahayakan pemangkah sendiri. Jenis pangkahan yang biasa digunakan adalah mengikut keperluan dan kesesuaian dalam regu setiap perlawanan, misalnya pemangkah pertama memipil, manakala pemain ketiga dan kemudi berfungsi sebagai pembuat uri atau Iilitan. Jikakemudi (pemangkah akhir) gagal membuat uri dengan baik bagi menentukan tempuh kelamaan gasing itu berfungsi kemungkinan pasukannya mengalami kekalahan selain faktorfaktor lain yang ditentukan oleh pengadil.
Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah ia perlu diangkat dengan penyokok gasing dari tapak uri kemudian diletakkan di kubu gasing bagi mempastikan tempuh masa keligatan gasing itu berfungsi supaya ia dapat ditentukan oleh pengadil.
Penyokok gasing digunakan sekiranya gasing dimainkan dalam pertandingan berkenaan berbentuk leper dan berat.

Alat bermain dan berhibur 


UNSUR seni serta permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia dan mungkin kedua-duanya sukar dipisahkan daripada kehidupan masyarakat terutama sewaktu dunia belum begitu terdedah kepada hiburan altematif.
Masyarakat Melayu satu ketika dulu tidak ketinggalan dalam soal itu dan permainan tradisi termasuk gasing, wau, silat seni dan pelbagai kegiatan kebudayaan mewarnai kehidupan mereka sebagai alat penghibur bagi mengisi masa lapang. Capture6
Gasing misalnya pemah menjadi kegilaan orang kampung di Terengganu, sama ada orang tua, muda dan kanak-kanak. Mereka menyertai pertandingan atau permainan gasing untuk menguji kemahiran, kecekapan dan kepantasan selain bermatlamat untuk mempereratkan hubungan masyarakat kampung.
Di Terengganu, sehingga sekarang tidak diketahui dengan jelas asal usul permainan itu dan mengikut Muzium Negeri Terengganu, satu ketika dulu ia turut popular di beberapa negara Asia lain termasuk Jepun, Taiwan, China dan Vietnam.
Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd Yusof Abdullah berkata, caraCapture2 permainan dan bentuk gasing biasanya berbeza mengikut kampung, daerah dan negeri masing-masing. Di Terengganu misalnya, gasing jenis leper atau juga dikenali gasing pangkah begitu banyak digunakan untuk berlawan gasing mana paling lama berpusing. Gasing berkenaan mempunyai paksi bulat dan panjang yang diperbuat danpada kayu keras seperti merbau, keranji dan cengal. Beliau menambah, mengikut cerita asal usul permainan gasing itu dikaitkan dengan buah berembang yang berbentuk bulat, licik dan agak leper serta buah itu mudah diperoleh di kawasan pantai.
“Buah itu mudah dipusing dan dan buah berembang itulah, maka timbullah ilham orang tua-tua dahulu meniru bentuk buah itu yang dihasilkan danpada kayu,” ujamya.  Capture3
Bagaimanapun, terdapat lagi sumber lain yang mengaitkan gasing itu dicipta pada mulanya sebagai alat memburu binatang di hutan dan bentuknya ketika itu adalah bujur dan leper. Apabila dilemparkan, alat itu akan berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang buruan. Daripada fungsinya itu, orang tua-tua dulu mendapat idea untuk menjadikannya sebagai permainan dan alat untuk berhibur pula.
Mengenai permainan gasing, Mohd Yusof berkata, peraturan dan cara mengendalikan gasing juga berlainan mengikut kampung, daerah dan ketua permainan. “Apa pun, pihak muzium menyanjung tinggi usaha yang  dilakukan oleh penduduk Batu Rakit dalam menghidupkan semula permainan gasing yang nyaris terkubur,” tegasnya.
(petikan Utusan Malaysia)