Selamat Datang Ke Laman Blog Kampung Wakaf Chagak

sejarah kampung

PENGENALAN

Wakaf Chagak ialah nama sebuah kampung yang diambil daripada perkataan Wakaf dan Cagak.




WAKAF ialah satu bangunan yang ada atap, lantai, tiang tetapi tiada dinding. Ia dijadikan  sebagai tempat orang  berehat, bermain dam sebagai mengisi masa lapang sambil menunggu seseorang.



CAGAK adalah kayu yang bercabang ataupun cangak . Ia dipacak atas tanah untuk diletakkan buah-buahan terutama buah durian sebagai pameran jualan.
Cagak-modified
SEJARAH KAMPUNG
 
Sebelum kemerdekaan Tanah Melayu, Kampung Wakaf Chagak terkenal sebagai pusat jualan hasil-hasil pertanian dan perikanan. Pada setiap musim buah-buahan, masyarakat petani dan nelayan , Kampung Wakaf Chagak dijadikan sebagai tempat pertemuan antara rakan taulan selain daripada berjual beli.


PICT0196Pada ketika itu, perhubungan amat sukar (jalan raya belum ada lagi sebagai kemudahan ) ke kampung-kampung berdekatan (bahagian atas / darat) disebabkan paya rumput timbul. Laluan terbaik penduduk tepaksa menggunakan sebatang titian (batang kayu) sepanjang 10 - 15 kaki serta dipacakkan beberapa batang kayu dan diikat kayu panjang  sebagai pemegang sewaktu meniti untuk ke Kampung Darat Batu Rakit (kampung paling hampir) . 



Kampung Wakaf Chagak terletak dalam daerah Kuala Terengganu dengan jaraknya 30 km dari pusat bandar. Ia berada dalam Mukim Batu Rakit.
Majoriti penduduk bekerja sebagai petani dan nelayan, selain bekerja sendiri, swasta, dan sebilangan kecil kakitangan kerajaaan.Mereka semuanya berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Petunjuk berdekatan ialah Balai Penghulu Mukim Batu Rakit/Wakaf Chagak/Pulau Redang, Pusat Perkhidmatan Veterinar Batu Rakit dan Pusat Giat MARA Batu Rakit. Jarak dengan Balai Polis Batu Rakit lebih kurang 800 meter.