Oleh : Mohamad Abdullah
Ibrahim Abd Rahman |
BATU RAKIT – Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sentiasa bergandingan dalam tugasan di bawah program kemasyarakatan di Kg Wakaf Chagak. “Setiap kali aktiviti di sini, kedua-dua badan seiringan membantu bagi mewujudkan perpaduan bukan sahaja di kalangan ahlijawatankuasa bahkan masyarakat setempat.” kata bendahari KRT Wakaf Chagak. Beliau yang baru saja dilantik memegang jawatan setiausaha JKKK Wakaf Chagak pada 1 Oktober 2011 menyambung, “kita dapat lihat keserasian kerja di kalangan anggota bila ada aktiviti di sini.”
Ahli Parlimen Setiu, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee telah menyumbang seekor lembu pada tahun ini. Manakala seekor lagi datangnya daripada kalangan penduduk tempatan. Kesemua bahagian telah diagihkan kepada penduduk di Kampung Pandu, Kampung Wakaf Chagak dan Kampung Kubur Timah. Pihak JKKK telah menyumbang makan-minum kepada semua petugas bersama keluarga pada sebelah tengahari melalui sumbangan sebahagian daging korban tersebut.