Oleh : Mohamad Abdullah
PPD Kuala Terengganu, Sapian |
BATU RAKIT – Komuniti 1Malaysia (K1M) Wakaf Chagak telah berjaya mengadakan program Khatan Beramai-ramai 8 tahun berturut-turut sempena cuti akhir penggal persekolahan. Program ini diadakan setiap tahun dengan sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Penerangan Malaysia Terengganu. Majlis berkhatan bertempat di Dewan Bestari Wakaf Chagak hari ini dirasmikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu, Encik Sapian Haji Dabbal.
AP Sewtiu, bersalaman dgn p.JKKK Gong Lingai |
Setiausaha K1M Wakaf Chagak, Encik Adnam Mansor berkata, “kali ini semua peserta (kanak-kanak) tidak dikenakan sebarang bentuk bayaran berbeza pada tahun-tahun sebelum ini. Ibu bapa mereka hanya diminta menyumbang sebiji nasi semangat (pulut kuning) bersama telur sebagai sokongan mereka dalam menjayakan program kali ini.” Majlis telah dihadiri Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka, Khairul Anuar Hasin, Ketua Penyelia APMT, Haji Md Ali Abdullah dan pengerusi-pengerusi JKKK berdekatan.
AP Setiu tinjau bilik khatan |
Ahli Parlimen Setiu, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee telah menyumbang RM50.00 seorang bagi menampung kos khatan dan ubat. Selain itu, beliau telah menghadiahkan sehelai kain sarung pelikat kepada setiap kanak-kanak yang menyertai Kali ini seramai 20 orang kanak-kanak telah menyertai program tersebut. Seramai 6 orang juru khatan diketuai oleh Haji Adnan Haji Yusof telah mengambil masa hingga jam 3.00 petang.
Berehat selepas dikhatan |
Pihak K1M Wakaf Chagak, sebagaimana biasa, telah menyediakan sarapan pagi dan jamuan tengahari kepada tetamu undangan, ibu bapa, kanak-kanak (peserta khatan) dan adik-beradik mereka yang turut hadir. Pihak urusetia khatan bercadang pada tahun depan (2012) majlis akan diadakan dalam bulan November.