Selamat Datang Ke Laman Blog Kampung Wakaf Chagak

Komuniti 1Malaysia Sepakat Bersama.

2012-04-21 08.32.10
PENGUNJUNG yang memberi sokongan kepada program sepakat
BATU RAKIT – Komuniti 1Malaysia Wakaf Chagak telah diberi tanggungjawab bersama Komuniti 1Malaysia Bukit Chempaka mengemudi program Komuniti Sepakat 1Malaysia baru-baru ini bertempat di kawasan pantai dengan kerjasama JKKK Pantai Batu Rakit. Program tahunan di bawah Jabatan Penerangan Malaysia negeri Terengganu melalui Pejabat Penerangan Daerah Kuala Terengganu sebagai penyalur peruntukan dan penasihat kepada pengurusan.


2012-04-21 08.21.12
Khairul Anuar Hashim
2012-04-20 18.02.49           Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka, Khairul Anwar Hashim telah dipertanggungjawab mengemudi keseluruhan program yang diadakan selama 2 hari 1 malam. Beliau selaku pengerusi Komuniti 1Malaysia Bukit Chempaka telah dilantik sebagai pengerusi berkaitan sukan. Manakala pengerusi Komuniti 1Malaysia Wakaf Chagak, Mohamad Abdullah diberi tanggungjawab penyediaan makan minum peserta dan dhif jemputan. ADUN Batu Rakit merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Haji Khazan Che Mat telah menyempurnakan perasmian penutup serta penyampaian hadiah kepada pemenang.
2012-04-21 09.16.30
Kanak-kanak pra sekolah
  
          Pihak urusetia telah menyusun beberapa program acara sukan, mewarna dan yang ada kaitan dengan masyarakat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Rakit. Semua JKKK telah dilibatkan mengikut Pusat Daerah Mengundi (PDM). Sebaik saja acara nelayan menangkap ikan kerisi di laut selama 3 jam, para pengunjung beriadah dengan senamrobik.
  
2012-04-21 07.50.26         Selepas itu, kanak-kanak pra sekolah menyertai pertandingan mewarna. Manakala golongan wanita bertanding dalam acara bolajaring. Diikuti peserta ahlijawatankuasa JKKK berentap bagi acara bolasepak pantai. Acara kemuncak ialah perlawanan Tarik Tali bagi mereka yang bertubuh tegap. Sebelum itu, pada malam forum agama telah diadakan di Dataran Bestari Padang Polis dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Gong Badak dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHAET).
2012-04-21 10.01.44
2012-04-21 08.16.06    2012-04-20 22.50.53