Selamat Datang Ke Laman Blog Kampung Wakaf Chagak

LAWATAN KE J..M…N..

Foto0547
ROMBONGAN - siap sedia sebelum bertolak ke destinasi.
foto0521
Pengerusi Jiran Muda (2 dari kiri)
BATU RAKIT – Seramai 40 orang warga KRT Wakaf Chagak dekat sini telah berkujung ke selatan tanahair baru-baru ini. Program ini adalah hasil kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) negeri Terengganu melalui sokongan padu Pejabat Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional  Daerah Kuala Terengganu.


foto0516
Bergambar depan Kombes
          Pengerusi KRT Wakaf Chagak, Mohamad Abdullah berkata “program ini diadakan adalah bertujuan memberi ruang kepada ahli-ahli mengenali tempat orang”. “Di samping itu sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah membantu aktiviti-aktiviti KRT selama ini.” tambahnya lagi.
foto0517
Bersiar di Pasar Tani
          Peserta telah di bawa dengan bas yang disewa khas. Pada hari pertama, perjalanan melintasi negeri Pahang Darul Makmur terus melalui Mersing dan bermalam di Kompleks Belia dan Sukan (Kombes) Negeri Johor. Turut serta Pengerusi Jiran Wanita, Faridah Abu dan Pengerusi Jiran Muda, Muhammad Hilmi Mohamad.
foto0527
Memilih barangan pameran
          Pada keesokan hari, peserta meninjau Pasar Tani dekat Kombes sebelum melawat kilang makanan Apollo di Johor Bahru. Kemudian rombongan singgah di Pekan Air Hitam, Johor dalam perjalanan Melaka. Sebelah petang rombongan di bawa ke Bandar Hilir, Melaka hingga malam sebelum menginap di Komples Belia dan Sukan Ayer Keroh.
foto0531
Bersiar di Pekan Ayer Hitam
          Pada hari ketiga, para peserta di bawa melawat sekitar pusat pelancongan Ayer Keroh di sebelah pagi. Pada waktu tengahari wakil Pejabat Ketua Menteri Melaka membawa rombongan ke Muzium UMNO, Bandar Hilir sebelum dijamu makan tengahari di Kafe berdekatan.
Foto0559
Memilih lauk hidangan
          Bertolak dari Melaka, rombongan sempat singgah di Pekan Nilai, Negeri Sembilan sebelum berpatah balik ke Terengganu melalui Seremban, Kuala Pilah terus ke Muadzam Shah, menuju balik ke destinasi asal.