 |
ASTAKA - bangunan astaka baru siap pembinaannya. |
Oleh : Mohamad Abdullah
 |
Mohd Abd Zaman |
BATU RAKIT, 09 Oktober 2011 – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Wakaf Chagak telah ditubuh oleh kerajaan negeri Terengganu pada tahun 1997. Tapi pada 2000 – 2004 ia telah dibubar oleh pihak berkuasa disebabkan perubahan pentadbiran kerajaan. (sewaktu itu, sebahagian besar JKKK masih kekal dan diletak di bawah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), kecuali JKKK Wakaf Chagak telah ditiadakan.” terang Pengerusi JKKK Wakaf Chagak, Mohd Abd Zaman Ismail sebagai mukadimah perbicaraan.
Beliau menyambung “bermula 2004 JKKK Wakaf Chagak telah diwujud kembali; tetapi pengerusi yang dilantik (bekas pengerusi lantikan pertama) kurang berminat memegang jawatan sehingga pada bulan September 2005 hasil rundingan dan desakan masyarakat tempatan, beliau (Mohamad Abdullah) menerima lantikan sebagai pengerusi bagi kali kedua. Lanjutan itu, bagi penggal 2008 pula, beliau dengan rela hati menyerah kuasa kepada saya sebagai pengerusi baru melalui persetujuan jawatankuasa dan makluman kepada penduduk kampung” jelasnya lagi
Walaupun masih baru, sekitar 2005 hingga sekarang, pembangunan dalam kawasan, (Kg Wakaf Chagak dan Kg Pandu) pihak berkuasa kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan telah memberi sokongan amat bermakna sekali.
 |
Bangunan Futsal DUN Batu Rakit |
Dalamasa dua tahun terakhir, berbagai projek telah diluluskan oleh pihak berwajib. Bangunan Futsal bagi kemudahan remaja dalam DUN Batu Rakit. Selain itu 2 gelanggang takraw untuk remaja tempatan.
 |
Padang Permainan Kanak-kanak |
Disekitar Padangbola Kg Wakaf Chagak pula, selain sebuah wakaf, Padang Permainan Kanak-kanak bersama sebuah bangunan Astaka telah terbina baru-baru ini. Ditambah lagi 2 buah wakaf bagi kemudahan penduduk kampung berehat dan sebuah wakaf tempat menunggu bas ataupun pengangkutan awam.
 |
Penurapan jalan tar |
Begitu juga kemudahan jalan-jalan dalam kawasan bagi kedua-dua kampung, turapan tar telah disempurnakan lebih kurang 10 km panjang bagi Jalan Pandu, Jalan Bestari, Jalan Giat, Jalan Bukit Buchu, Jalan Kelubi, Jalan Angsana dan Jalan Senduduk. Sepanjang jalan-jalan tersebut lampu-lampu jalan telah dipasang selang sebatang tiang elektrik.
 |
Dewan Bestari Wakaf Chagak |
“Manakala bagi kemudahan orangramai berhimpun sebuah Dewan Bestari Wakaf Chagak serta Dataran Bestari Wakaf Chagak dan Surau di Jalan Bestari.
 |
Pusat Verterinar Batu Rakit |
 |
Pusat Giat Mara Batu Rakit |
Selain itu Pusat Pengembangan Verterinar Batu Rakit dan Pusat Giat Mara Batu Rakit adalah dua agensi kerajaan persekutuan bagi DUN Batu Rakit berpusat di kampung ini.” jelasnya buat akhir bicara semasa temubual bersamanya.