Selamat Datang Ke Laman Blog Kampung Wakaf Chagak

APMT MERAPATKAN HUBUNGAN TANPA PERBEZAAN

APMT raya 006
BERSALAMAN - YB Hj Mohd Jidin Shafee bersalaman dengan Hj Shamsuddin Wahab
Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 22 September 2011 – Ketua Penyelia Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) DUN Batu Rakit, Haji Md Ali Abdullah melahirkan rasa bersyukur kepada Allah kerana majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang julung kali diadakan telah dapat menjalinkan kemesraan dan muhibbah tanpa mengira fahaman politik.


APMT raya 005
BERTANYAKAN SESUATU - Hj Shamsuddin Wahab menyapa tetamu
      Majlis yang diadakan bermula jam 10.00 pagi dan berakhir sekitar jam 1.00 tengahari hari ini telah menerima kunjungan awal daripada Ahli Parlimen Setiu, Haji Mohd Jidin Shafee bersama Pegawai Khas beliau Mohd Zaidi Sulong. Beliau sebelum menjamah hidangan, berkesempatan berbincang dengan Ketua Penyelia dan Penyelia APMT di bilik pejabat mengenai isu-isu semasa dan program pembangunan kawasan.
APMT raya 008
BERGAMBAR KENANGAN - Isteri Hj Shamsuddin, Puan Khalijah bersama Pembantu APMT, Zaleha Abd Razak
      Dalam suasana kesibukan para tetamu menjamu selera, tiba-tiba berita kejutan daripada Penyelia APMT, Mohamad Abdullah menerima panggilan telefon dan memaklumkan bahawa bekas calon PAS N.08 (2008) Haji Shamsuddin Wahab akan turut hadir dalam masa terdekat. Selang beberapa minit kemudian beliau tiba bersama isterinya Khalijah.
APMT raya 003
JAMU SELERA - beberapa orang pengerusi-pengerusi JKKK sedang menikmati hidangan.
      Selain kehadiran semua anggota APMT sebagai tuan rumah, Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka, Mohd Khairul Hasin, pengerusi-pengerusi JKKK, wakil-wakil Balai Polis Batu Rakit, guru-guru SK Batu Rakit, Ketua-ketua cawangan, masyarakat tempatan, peniaga-peniaga berdekatan termasuk beberapa orang penyokong parti pembangkang.