TERIMA hamper dari Khairul Anuar Hasin, Penghulu Mukim |
BATU RAKIT, 12 OGOS – Seramai 150 orang warga emas dalam kawasan DUN Batu Rakit telah menerima sumbangan hamper raya sempena majlis Berbuka Puasa anjuran Komuniti 1 Malaysia baru-baru ini. Majlis telah diadakan di Dewan Bestari Wakaf Chagak dekat sini.
TUNGGU AZAN - sebahagian warga emas bersimpuh |
Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka, Khairul Anuar Hasin telah menyempurnakan penyampaian bantuan berkenaan bersama Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu, Sapian Haji Dabbal.
OKU bersama guru (bertudung merah jambu) |
Program tahunan Komuniti 1 Malaysia Wakaf Chagak telah mendapat sambutan dengan kehadiran 700 orang para jemputan termasuk anak-anak yatim, kanak-kanak istimewa (OKU) ibu bapa dan pemimpin masyarakat tempatan.
CARI TEMPAT sebelum tiba waktu berbuka |
Bendahari, Mat Lazim Iman berkata “tahun ini semua ahlijawatankuasa rasa terkejut dengan sambutan yang pada mulanya dianggarkan 500 orang sahaja, tetapi sokongan yang padu dari pengerusi-pengerusi JKKK mengakibatkan sebahagian terpaksa berbuka ala kadar sahaja. Kemudian mereka telah dibawa ke Restoran Seri Wangsa, Gong Badak (10 km) untuk menjamah hidangan sebagai meraikan mereka termasuk dhif-dhif jemputan.”
TETAMU - menjamu hidangan di restoran.