Selamat Datang Ke Laman Blog Kampung Wakaf Chagak

PENJENAMAAN SEMULA K-BESTARI.

image
Oleh : Mohamad Abdullah
      Komuniti BESTARI telah dijenamakan semula kepada KOMUNITI 1MALAYSIA selari dengan Gagasan 1Malaysia. Penjenamaan semula telah diputuskan dalam mesyuarat Pasca Kabinet.


      Yang Berhormat Dato’ Seri Dr Rais Yatim selaku Menteri Penerangan Malaysia telah melancarkan penjenamaan semula pada 19 Disember 2010 bertempat di Dataran Jubli Emas, Limbang, Sarawak. Bermula dengan penjenamaan terbaru, logo sebelum ini telah bertukar wajah kepada corak baru.
      Penubuhan ini adalah selaras dengan transformasi Jabatan Penerangan Malaysia yang menumpukan aspek Gagasan 1Malaysia yang telah diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysai keenam, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak.
image
     Sebelum ini, penubuhan Komuniti BESTARI telah diistihar oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka sempena Konvesyen Komuniti BESTARI Peringkat Kebangsaan yang pertama pada 12 Oktober 2004.
      Penubuhan Komuniti BESTARI pada masa itu bagi menggantikan K3P (Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembanca) yang diterajui oleh Jabatan Penyiaran Malaysia pada 1987.clip_image002
      Bermula tahun 1991, K3P telah diserahkan kepada Kementerian Penerangan Malaysia. Manakala pengurusan selanjutnya telah diberi tanggungjawab kepada Jabatan Penerangan Malaysia pada 1 Julai 2000.
      Penubuhan Komuniti BESTARI adalah berdasarkan konsep “Satu Mukim Satu Komuniti BESTARI” bagi Semenanjung. Manakala negeri-negeri Sabah dan Sarawak setiap Dewan Undangan Negeri diwujudkan 2 Komuniti Besatari. Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur setiap Parlimen 3 Komuniti Bestari dan Wilayah Persekutuan Labuan ditubuhkan mengikut zon.
      Sebelum ini logo K3P ada tambahan logo Utusan di sebelah kiri logo sebagai kerjasama dengan akhbar Utusan Malaysia ketika itu.