Selamat Datang Ke Laman Blog Kampung Wakaf Chagak

PEMILIHAN JAWATANKUASA KRT WAKAF CHAGAK 2011

BATU RAKIT – 21 Januari, Pemilihan jawatankuasa baru KRT Wakaf Chagak 2011 telah diadakan pada 21 Januari 2011 di Dewan Bestari Wakaf Chagak dekat sini.

TENGAH - Encik Azilan Ariffin, Pen. Pegawai Perpaduan
     Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Terengganu, Encik Azilan Ariffin telah mengendalikan pemilihan tersebut. Sebelum itu, beliau telah memberi taklimat tatacara pemilihan, tugasan jawatankuasa serta peranan jabatan dengan KRT.
     Beberapa orang muka baru telah turut dipilih menduduki bersama jawatankuasa yang sedia ada. Mereka dipilih memegang jawatan Pengerusi Tunas Muda, Pengerusi Jiran Muda dan Pengerusi Usia Emas.menggantikan pengerusi-pengerusi sebelum ini. Bagi memantap lagi aktiviti sepanjang tahun ini beberapa pandangan dan cadangan telah disuarakan oleh ahli-ahli yang hadir seramai 56 orang.
Dua dari kiri - Pengerusi KRT Wakaf Chagak
     Pengerusi KRT, Mohamad Abdullah turut menyuara setiap pandangan dan cadangan akan dibawa ke mesyuarat bulanan dan insyaAllah akan dijadikan aktiviti pada setiap bulan ataupun dua bulan sekali khusus melibatkan remaja, kanak-kanak, kaum ibu dan kaum bapa termasuk majlis bacaan yaasin selain aktiviti sediada.