TIBA - Rombonan K-Bestari Presint 8 tiba di Kampung Wakaf Chagak
BATU RAKIT , Sabtu 10 April - Komuniti Bestari Presint 8, Putrajaya, telah mengadakan kunjungan muhibbah ke Komuniti Bestari Wakaf Chagak sebagai program pertama selepas penubuhannya. Ketibaan mereka telah disambut oleh pengerusi bersama ahlijawatankuasa K-Bestari Wakaf Chagak tepat jam 4.30 petang.
 |
SAMBUT - Encik Mohamad Abdullah (baju kuning) menyambut tetamu |
Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu, Encik Sapian bin Haji Dabhal turut menyambut ketibaan rombongan yang terdiri seramai 40 orang dewasa dan 16 orang kanak-kanak.
Rombongan diketuai Haji Roslan bin Abu Hanif selaku Pengerusi K-Bestari Presint 8 bersama Pegawai Penyelaras K-Bestari, Pejabat Penerangan Daerah Kuala Terengganu, Encik Sanusi bin Hassan bertindak sebagai pegawai pengiring..
 |
TAKLIMAT - Pengerusi KBestari Wakaf Chagak sedang beri taklimat |
Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Pengerusi K-Bestari Wakaf Chagak, Encik Mohamad bin Abdullah. di Dewan Bestari Wakaf Chagak. Selain itu, Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu dan Pengerusi K-Bestari Presint 8 turut memberi ucapan.
 |
Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu (nombor 2 dari kanan bahagian depan) |
Turut hadir dalam majlis takilimat ialah Pegawai Penerangan Kawasan Bukit Bintang/Seputeh/Wilayah Persekutuan, Encik Abdullah bin Sulaiman dan wakil Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Encik Anuar bin Murshadad.
 |
CENDERAHATI - Haji Roslan Abu Hanif menyerah cenderahati kepada En. Mohamad Abdullah |
Acara bertukar-tukar cenderahati kenangan-kenangan antara kedua-dua pengerusi K-Bestari telah diadakan sebelum para tetamu termasuk pengerusi-pengerusi JKKK berdekatan dijamu hidangan makanan bersumberkan ikan - keropok, satar dan otak-otak.
SETIU HARI INI













